Close

Katie Pengembara di Lautan yang Menakjubkan

RM45.00

Ada apa di lautan yang sungguh dalam itu?

Berkenalan dengan rakan baharu Katie, Shelly! Alamak! Sebuah musibah ajaib telah berlaku. Keluarga Shelly hilang begitu sahaja dan tersesat di seluruh pelosok lautan penuh misteri!

Terokai lautan bersama Katie untuk membantu Shelly menemui ahli keluarganya dan saksikan keindahan lautan yang menakjubkan.

  • Kulit Lembut
  • 40 Muka Surat Bergambar
  • Disyorkan untuk umur 3+

ISBN: 978-629-99278-6-0

Out of stock

This book is so beautiful, with so much content, rich categories, careful details and beautiful paintings.

Nicholas

Disyorkan untuk umur 3+
Disertakan dengan buku kecil lipat & kanta pembesar kertas
10 lokasi menarik untuk diteroka!
1000 watak hidupan laut yang unik & lucu

Terokai lautan luas bersama Katie demi membantu rakan baharunya, Shelly, menemui kesemua ahli keluarganya yang hilang dalam pengembaraan pencarian ini!

Meningkatkan Kemahiran Pemerhatian

Dengan melebihi 1000 watak menarik, buku ini dihasilkan untuk membantu kanak-kanak meningkatkan daya tumpuan, membuat setiap sesi pembacaan menjadi permainan pencarian yang menyeronokkan!

Terokai 10 Lokasi Dalam Air

Ikuti Katie dan Shelly dalam sebuah pengembaraan lautan sambil meneroka pelbagai biom marin dan zon lautan yang mempesonakan. Setiap lokasi dipenuhi dengan ikan-ikan dan hidupan lain yang mungkin belum pernah anda kenali!

Pelajari Dunia Hidupan Laut
yang Menakjubkan

Berkenalan dengan rakan-rakan baharu bersama sirip anda! Buku cerita kami menggambarkan pelbagai hidupan laut, di mana setiap satu mempunyai keunikan tersendiri. Kanak-kanak dapat menyerap fakta-fakta menarik tentang hidupan laut dengan sangat mudah.

Soalan Interaktif untuk Membina Kemahiran Komunikasi

Di setiap lokasi dalam lautan ajaib ini, kanak-kanak akan berjumpa dengan hidupan laut yang berbual-bual gembira. Sertai perbualan mereka dan jawab soalan-soalan untuk lebih keseronokkan!

Memperkenalkan Cerita Rakyat dan Legenda

Buku cerita kami membawakan cerita rakyat dan legenda dengan sentuhan yang menyeronokkan! Temui kappa yang mudah marah, berkawan dengan duyung yang ceria, dan kunjungi alam mitos Mahligai Naga dan Kota Atlantis!

Menyelam ke seluruh pelosok lautan yang dalam bersama ‘A Bubbly Guide to the Ocean with Shelly’buku kecil lipat yang padat dengan fakta menarik berkaitan hidupan laut! 

Dengan melebihi 50 serba-serbi hidupan laut yang menakjubkan dan ilustrasi zon-zon lautan yang memukau dalam 4 halaman, bersedialah untuk berasa kagum ketika meneroka keajaiban dunia dalam air bersama-sama!

Di sebalik keindahan setiap buku cerita adalah sebuah dunia lakaran, di mana pelukis kami menukarkan imaginasi yang tinggi kepada realiti!

Pelukis kami menghasilkan beberapa kulit buku, mencetaknya, dan kami berseronok memerhati dan memilih yang terbaik sebagai reka bentuk yang muktamad!

Bermula dengan melakar hingga mewarna lukisan serta membuat cetakan ujian, kami berulang-alik beberapa kali demi hasil yang sempurna!

Ulasan

I personally like the titanic easter egg 🤭🤭, my girl doesn’t know about titanic movie but i showed her Jack n Rose movie photo 🤪. Overall, we like the book very much! ❤️❤️

这次的书太美了,内容多,种类丰富,画风很美,细节也很细心。

Nicolas Chong

So beautiful book and super nice package! My girl and I are all so happy to read it. Your team is great! Thank you 😊👍👍👍👍

Yolanda Liu

Soalan Lazim

Kami mengesyorkan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, tapi sesiapa sahaja tak kira usia boleh menikmatinya.

Ya! Buku kecil lipat dan kanta pembesar kertas akan disertakan bersama setiap buku cerita ‘Katie Pengembara di Lautan yang Menakjubkan’.

Saiz buku tersebut ialah 27cm x 23cm. Setiap buku berkulit keras dan mengandungi 40 muka surat.

ISBN buku tersebut ialah 978-967-26605-8-3.

Produk Berkaitan

Original price was: RM207.00.Current price is: RM186.00.

Please select your product